Back To Halal News

Apr 01, 2026 9PM

Aplikasi baharu mudahkan semakan status halal premis di Sarawak

author

TVS

Orang ramai kini boleh menyemak status halal premis makanan di Sarawak menggunakan aplikasi telefon bimbit baharu.

 

Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, aplikasi tersebut bakal diperkenalkan dalam masa terdekat bagi membolehkan pengguna mencapai maklumat dengan cepat dan mudah.

 

Tambah beliau, dengan inisiatif diperkenalkan, pengguna kini boleh mengatasi kesukaran menggunakan platform sedia ada seperti Jejak Halal dan MyHalal.

 

“Kita sedang usahakan supaya orang ramai hanya perlu menggunakan telefon bimbit untuk semak restoran halal dengan mudah,” katanya dipetik TVS.

 

Menurut beliau, langkah itu bertepatan dengan evolusi teknologi dan keperluan masyarakat hari ini.


 (gambar hiasan)


Beliau turut menegaskan kepentingan pengguna memilih premis yang memiliki pensijilan halal sah, selain menggalakkan orang ramai melaporkan sebarang penyalahgunaan logo halal kepada pihak berkuasa.

 

Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan keyakinan pengguna serta merangsang pertumbuhan industri halal di Sarawak.



Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

02 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:55

mosque
imsak

Imsak

05:55:00

fajr

Fajr

06:05:00

syuruk

Syuruk

07:12:00

dhuhr

Dhuhr

13:20:00

asr

Asr

16:22:00

maghrib

Maghrib

19:23:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase